Lelaki maut lori langgar treler muatan balak - Utusan Malaysia

Lelaki maut lori langgar treler muatan balak

KEADAAN sebuah lori yang remuk selepas terlibat kemalangan maut di Kilometer 158 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Temerloh, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah treler membawa muatan balak di Kilometer 158 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6.59 pagi itu menyebabkan mangsa, Sanussi Noor, 40, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, semasa kejadian, treler membawa muatan balak dalam perjalanan dari Raub ke Mentakab.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu treler nampak sebuah lori dari arah bertentangan masuk ke laluannya lalu membunyikan hon beberapa kali.

“Pemandu treler kemudian menghimpit ke bahu jalan dan lori terbabit melanggar ekor treler serta terbabas ke kaki bukit,” katanya di sini hari ini.

Kata Mohd. Yusri, akibat kejadian pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindannya cedera di kaki.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dijalankan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lori mengalami remuk di bahagian kepala manakala tayar belakang treler pecah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya