Lelaki maut kereta bertembung treler - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta bertembung treler

PASUKAN bomba mengeluarkan pemandu Proton Iswara yang tersepit dalam nahas di Batu 4, Jalan Labis-Lam Tee, Labis, Segamat malam tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Iswara dipandunya bertembung dengan sebuah sebuah treler  di Batu 4, Jalan Labis-Lam Lee di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, Ow Wee Kiat, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penolong Penguasa Bomba Othman Mohamed Baher berkata, ketika kejadian, mangsa memandu kereta seorang diri dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Johor Bahru.

“Setibanya di lokasi  nahas, mangsa dipercayai gagal  mengawal kenderaannya lalu bertembung dengan sebuah treler jenis Volvo muatan simen dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, kereta mangsa terjunam ke dalam gaung di bahu kanan jalan berkedalaman kira-kira lapan meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zakaria Mohamed berkata, Pasukan Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.50 malam.

Katanya, ketika Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati kereta mangsa berada di dalam gaung yang mana mangsa tersepit di dalam kenderaan tersebut.

“PKO bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan Rescue Tools. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugaa perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Ujar Zakaria, pemandu treler berusia 63 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Operasi ditamatkan kira-kira pada pukul 1.10 pagi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya