Lelaki cedera motosikal langgar lembu - Utusan Malaysia

Lelaki cedera motosikal langgar lembu

KEADAAN motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 25 tahun selepas terlibat dalam kemalangan dengan seekor lembu di Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu di Loji Sultan Iskandar, Kampung Cahaya Baru, di sini awal pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II, Iszahwati Supardi berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 1.15 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota beserta dua jentera dari BBP Pasir Gudang ditugaskan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 25 tahun cedera selepas motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya melanggar seekor lembu.

“Mangsa, Muhammad Asyraf Azhar kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, operasi berkenaan kemudian ditamatkan pada pukul 1.57 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya