Lebih 8,000 mangsa banjir di Johor, Pahang - Utusan Malaysia

Lebih 8,000 mangsa banjir di Johor, Pahang

KENDERAAN cuba melalui jalan yang dinaiki air di Kampung Sungai Soi - Kempadang di Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Johor melonjak selepas seramai 5,818 mangsa daripada 1,540 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh negeri itu, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Ke­sihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu satu peningkatan besar berbanding seramai 1,780 mang­sa pada pukul 8 malam, kelmarin.

Ujarnya, setakat ini sebanyak 56 PPS dibuka di seluruh Johor.

“Hujan lebat sejak dua hari lalu menyaksikan sebanyak 56 PPS dibuka di tujuh daerah dalam negeri ini.

“Daerah paling terkesan termasuk Johor Bahru yang me­nyaksikan seramai 2,452 mang­sa banjir, diikuti Kluang (1,862 mangsa) dan Kota Tinggi (868 mangsa),” katanya semalam.

Di PAHANG, seramai 2,838 mangsa banjir dipindahkan ke 64 PPS setakat pukul 5.30 petang semalam.

Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, jumlah mangsa berkenaan melibatkan 744 keluarga di sembilan daerah.

Menurut sumber, Kuantan mencatat bilangan mangsa terbanyak iaitu 772 orang daripada 204 keluarga ditempatkan di lapan PPS.

Maran pula mencatat jumlah kedua tertinggi dengan 516 mangsa daripada 132 keluarga di lapan PPS diikuti Raub melibatkan 439 orang membabitkan 111 keluarga di 26 PPS.

Selain itu, Jerantut merekodkan 347 mangsa melibatkan 92 keluarga di enam PPS serta Rompin dengan 358 mangsa daripada 92 keluarga di enam PPS.

Daerah Temerloh pula mencatat 273 mangsa daripada 79 keluarga di lima PPS dan diikuti Lipis dengan 35 mangsa melibatkan 12 keluarga di dua PPS.

Dua PPS dibuka di Pekan menempatkan 53 mangsa daripada 14 keluarga manakala satu PPS di Bentong melibatkan lapan keluarga dengan 45 mangsa.

Sehingga pukul 5 petang, semua daerah berkenaan masih menerima taburan hujan lebat yang dijangka berlanjutan hingga Selasa ini.

Di TERENGGANU, hujan lebat berterusan di beberapa kawasan semalam menyebabkan negerio itu kembali dilanda banjir untuk fasa kelima.

Setakat pukul 8 malam tadi, seramai 138 mangsa membabitkan 40 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di dua daerah dengan Dungun merekodkan seramai 92 mangsa melibatkan 29 keluarga yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja serta Dewan Serbaguna Kampung Shukur.

Di Kemaman pula, kesemua 46 mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Teladas.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan, dua PPS aktif di Kota Kinabalu, Sabah menempatkan 216 mangsa daripada 69 keluarga ekoran banjir disebabkan cuaca ribut petir dan hujan lebat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya