Laluan Kilometer 198 LPT1 dibuka - Utusan Malaysia

Laluan Kilometer 198 LPT1 dibuka

LALUAN KM198 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan persimpangan Bertingkat Gambang kembali dibuka kepada lalu lintas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Laluan di Kilometer 198 antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan persimpangan Bertingkat Gambang yang dinaiki air sedalam kira-kira 0.6 meter pagi tadi telah dibuka kepada semua kenderaan.

Laluan itu kembali dibuka selepas air yang melimpahinya surut sepenuhnya petang ini. 

Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad dalam kenyataannya berkata, laluan yang dibuka kembali itu melibatkan laluan kedua-dua hala iaitu menghala ke Timur dan Kuala Lumpur. 

“Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan terus mematuhi arahan petugas di lokasi.

“Syarikat turut menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya