KSN jalani kuarantin di rumah - Utusan Malaysia

KSN jalani kuarantin di rumah

MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan, beliau menjalani kuarantin kendiri sehingga 31 Januari selepas menjadi  seorang kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19 pada 22 Januari lalu.

Menerusi hantarannya di Facebook hari ini, Mohd. Zuki berkata,  beliau menjalani kuarantin tersebut di kediamannya atas nasihat Kementerian Kesihatan. 

“Bagaimanapun, situasi ini tidak akan mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam kerana saya akan terus melaksanakan amanah ini dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadiri oleh saya,” katanya.

 Dalam pada itu, beliau berkata, susulan kuarantin itu, sidang media pengurusan darurat yang sepatutnya diadakan  petang ini terpaksa dibatalkan.

“Justeru saya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan mekanisme pentadbiran pengurusan darurat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya