KM 84.6 LPT1 ditutup air naik satu meter - Utusan Malaysia

KM 84.6 LPT1 ditutup air naik satu meter

LALUAN di Kilometer 84.6 hingga Kilometer 84.7 dekat Lanchang LPT1 ditutup kepada semua kenderaan akibat dilimpahi air susulan hujan lebat berterusan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Laluan di Kilometer 84.6 hingga kilometer 84.7 dekat Lanchang, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), dekat sini ditutup kepada semua kenderaan bermula pukul 11.30 malam tadi akibat limpahan air susulan hujan lebat berterusan. 

Pemegang konsesi LPT1, Anih Berhad dalam kenyataannya berkata, kedalaman air di laluan berkenaan adalah satu meter.

“Saranan alternatif adalah keluar persimpangan Lanchang ke Felda Lakum melalui Bukit Damar ke Mempaga serta Chinta Manis sebelum melalui lebuh raya Kuala Lumpur Karak (KLK),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Anih dalam kenyataannya turut memaklumkan Kilometer 113 di KLK masih boleh dilalui oleh kenderaan, bagaimanapun tiada perubahan dari status pada semalam.

“Pengguna dinasihat menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi.

“Ikuti laman rasmi media sosial Anih Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya