ALOR SETAR: Kerusi Parlimen Alor Setar bakal menjadi rebutan antara UMNO dan Pas apabila kedua-dua parti itu menaruh keyakinan mempunyai peluang merampas kawasan tersebut daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Perebutan kerusi tersebut tercetus apabila UMNO sebelum ini menyatakan hasrat mengambil alih daripada MCA yang secara tradisi ditandingi parti kompenan Barisan Nasional (BN) itu manakala Pas pula menganggap lebih layak bertanding berdasarkan kepada keputusan PRU-14. Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, Pas sememangnya berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen itu jika diberi kepercayaan pucuk pimpinan parti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya