Kertas inkuiri dibuka siasat dakwaan judi di PKRC MAEPS - Utusan Malaysia

Kertas inkuiri dibuka siasat dakwaan judi di PKRC MAEPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis membuka kertas inkuiri bagi menyiasat dakwaan berlakunya aktiviti judi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, dekat sini seperti yang tular dalam laman sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas inkuiri itu dibuka selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada anggota yang bertugas di Balai Polis Dato’ Abu Bakar Baginda, Sepang hari ini.

“Kertas inkuiri ini dibuka bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut (mengenai kejadian itu) selain untuk pemantapan pemeriksaan pesakit di Maeps,” katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial beberapa hari lalu kononnya wujud aktiviti judi di sebuah dewan PKRC, MAEPS yang menempatkan pesakit Covid-19.

Berdasaran rakaman video itu terdapat beberapa lelaki dilihat berkumpul sambil bermain daun terup namun tiada wang diletakkan sebagai pertaruhan.

Tindakan segelintir pesakit Covid-19 itu seterusnya mengundang kecaman netizen mendakwa PKRC tersebut ibarat mini kasino.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, sekumpulan pesakit Covid-19 di PKRC Sabah mengambil minuman keras secara terbuka sehingga mengundang kemarahan orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya