Kerja bersihkan kawasan bakau tidak dapat kelulusan

Kerja bersihkan kawasan bakau tidak dapat kelulusan, MPM arah hentikan serta-merta

PEGAWAI MPM (kiri) mengarahkan kerja pembersihan yang dilakukan kontraktor atas tanah milik PPPNP Jumaat lalu dihentikan serta-merta kerana tidak mempunyai kelulusan merancang di Sungai Segari dekat Beruas kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengesahkan kontraktor yang melakukan kerja membersihkan kawasan bakau berhampiran rizab Sungai Segari dekat sini Jumaat lalu masih belum membuat sebarang permohonan bagi melakukan kerja berkenaan.

Yang Dipertuanya, Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, kerja pembersihan yang dilakukan di atas tanah berkeluasan 123.5 hektar milik Perbadanan Penbangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) masih belum mempunyai Kebenaran Merancang (KM) dan tiada permohonan dibuat mengenainya.

“Permohonan yang dibuat sebelum ini adalah bagi memecahkan tanah berkenaan kepada beberapa plot bagi tujuan mengusahakan aktiviti akuakultur ternakan udang di kawasan berkenaan.

“Aktiviti yang dibuat pemohon adalah melibatkan satu kawasan yang luas serta membabitkan kawasan sensitif alam sekitar.

“Aktiviti itu juga merupakan aktiviti perubahan material kepada tanah memerlukan kepada permohonan kebenaran merancang.

“Ia selaras dengan peruntukan dan keperluan mengikut Seksyen 21(1)  Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172), ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, penduduk kampung berhampiran rizab Sungai Segari kecewa dengan tindakan kontraktor yang juga penyewa tanah milik PPPNP yang mula melakukan kerja pembersihan kawasan bakau membabitkan bakau yang baru ditanam penduduk bersama badan bukan kerajaan (NGO) sejak November tahun lalu.

Kerja berkenaan bagaimanapun diarah untuk dihentikan serta-merta oleh MPM selepas kontraktor terbabit didapati masih belum memohon KM dari MPM untuk melakukan kerja berkenaan.

Syamsul Hazeman berkata, dalam memproses kebenaran merancang, ulasan dari agensi teknikal yang dirujuk adalah diperlukan sebelum diluluskan.

Katanya, permohonan kebenaran merancang hendaklah dikemukakan kepada Unit Pusat Setempat (OSC) MPM dan seterusnya diberikan pertimbangan dan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa OSC yang bersidang dua kali sebulan.

“Sejak Januari 2021, MPM telah mula memberi notis kepada pengusaha pengusaha ternakan merangkumi ayam, lembu, kambing, khinzir, ikan, udang, itik serta binatang yang berkaitan untuk mengemukakan permohonan lesen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya