PETALING JAYA: Tempoh dua hari pertama persekolahan tahun ini mendedahkan bagaimana Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih belum dapat berjalan dengan lancar sepenuhnya. Rata-rata guru dan ibu bapa menjangkakan murid dan pelajar akan bersekolah seperti biasa bermula 20 Januari namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka terpaksa menyediakan peralatan PdPR yang lengkap dalam masa singkat. Tempoh yang singkat itu juga menyebabkan berlakunya kesuntukan masa untuk menyalurkan peruntukan seperti laptop kepada murid dari luar bandar dan kawasan pedalaman sebelum sesi persekolahan bermula. Justeru, Pengarah Akademi Pendidikan dan Sekolah Makmal Universiti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya