Kembalikan Perlis zon hijau Covid-19 - Utusan Malaysia

Kembalikan Perlis zon hijau Covid-19

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru seluruh rakyat di negeri ini agar bersama-sama membantu mengembalikan Perlis kepada zon hijau pandemik Covid-19.

Titah baginda, selain itu, para majikan perlu memainkan peranan proaktif dengan memantau setiap tenaga kerja terutama yang tinggal dan berulang alik dari kawasan berisiko wabak berkenaan.

Baginda bertitah, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain mengamalkan norma baharu di tempat kerja hendaklah dilakukan sepanjang waktu bekerja.

“Rakyat Perlis perlu mengambil iktibar daripada kejadian kluster Covid-19 di tempat kerja di negeri-negeri lain sebelum ini.

“Pada masa sama, jika mengetahui ada kemasukan individu dari luar Perlis terutama dari kawasan atau zon merah, maklumkan segera kepada pihak berkuasa,” titah baginda sempena Hari Ulang Tahun 2 Divisyen Tentera Darat Malaysia (TDM) Ke-52 di Bukit Keteri, di sini hari ini.

Berkuat kuasa Jumaat lalu sehingga 4 Februari ini, Perlis yang sebelum ini berada dalam status zon hijau Covid-19 kembali dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menunjukkan peningkatan kes.

Malah, buat pertama kalinya sejak tercetusnya pandemik Covid-19, kes terkumpul wabak berkenaan di negeri ini mencecah tiga angka iaitu 151 kes.

Seterusnya baginda yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah, PKP yang dilaksanakan kembali di negeri ini mengakibatkan ramai yang terkesan terutama golongan kurang berkemampuan.

“Oleh itu, rakyat Perlis hendaklah bersama-sama sentiasa patuh SOP dan mencegah penularan Covid-19 melalui norma baharu yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya