Kawasan pantai di Terengganu dibadai ombak - Utusan Malaysia

Kawasan pantai di Terengganu dibadai ombak

OMBAK yang membadai di Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus, Terengganu menyebabkan air melimpah hingga ke jalan raya, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Beberapa kawasan pantai di negeri ini dibadai ombak malam tadi susulan fenonema angin kencang dan laut bergelora.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, kejadian itu menyebabkan air laut melimpah sehingga ke jalan raya di samping menjejaskan beberapa kawasan rumah penduduk.

Katanya, antara lokasi terlibat ialah di Pantai Seberang Takir, Pantai Tok Jembal dan Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dan Pantai Teluk Lipat di Dungun serta di Kuala Terengganu, Marang, Besut dan Kemaman.

“Implikasi angin kencang bertiup antara 40 hingga 50 kilometer sejam beserta air pasang tinggi membawa ombak yang agak besar membadai di sebahagian pantai di negeri ini dari Besut ke Kemaman.

“Di Kuala Besut, Besut seramai 36 mangsa membabitkan sembilan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di balai raya Kampung Pantai pada pukul 11 malam tadi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Che Adam, keadaan air pasang tinggi itu dijangka berlarutan dalam tempoh sehari dua lagi terutama pada sebelah malam hingga awal pagi.

Dalam pada itu, katanya, air laut yang melimpah hingga ke jalan raya jalan di pesisir Pantai Seberang Takir turut membawa sebahagian sampah-sarap, timbunan pasir dan batu-batu kecil, bagaimanapun tiada kerosakan jalan dilaporkan.

Tinjauan mendapati orang ramai termasuk kanak-kanak berkumpul di lokasi itu pada pagi ini untuk melihat kejadian berkenaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya