Kartel daging: SPRM tumpu dua aspek siasatan - Utusan Malaysia

Kartel daging: SPRM tumpu dua aspek siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpukan dua aspek siasatan berhubung isu di dalam kes penyeludupan bahan mentah sejuk beku yang dikatakan dibawa masuk secara tidak sah daripada beberapa negara yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Kedua-dua aspek itu terdiri daripada kesalahan mengemukakan pengiystiharan palsu dalam borang Kastam 1 oleh syarikat pengimport dan ejen yang mengendalikan kemasukan bahan mentah sejuk beku berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, aspek kedua adalah meneliti dan mengkaji sebarang bentuk pembayaran rasuah melalui akaun-akaun syarikat yang terlibat. 

Beliau berkata, dalam setiap  penyiasatan SPRM, elemen kerahsiaan dan kejutan penting. 

Lebih-lebih lagi, kata beliau, sekiranya  sesuatu kes mendapat pendedahan yang luas di media massa, ia seolah-olah memberi peluang kepada mereka (perasuah dan pemberi) melupuskan semua bukti serta keterangan yang ada.

“Tindakan berdiam diri bukan bermaksud agensi-agensi yang terlibat dalam penyiasatan kes ini tidak mengambil tindakan.

“Sebaliknya pengumpulan bukti dan keterangan memerlukan masa dan penganalisaan yang teliti. Kalau kita terlalu membincangkan isu ini dalam media, maka ia akan merumitkan penyiasatan dan memberikan persepsi negatif masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan SPRM menahan empat individu termasuk dua pengarah syarikat berusia antara 39 hingga 50 tahun berhubung isu penyelewengan itu.

Difahamkan, keempat-empat suspek yang ditahan malam tadi di SPRM Johor bagi membantu siasatan kes ini dihadapkan di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini untuk proses reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Tambah Ahmad Khusairi, beberapa siri serbuan dan rampasan ke atas dokumen-dokumen pengimportant sejak tahun 2015 dibuat sejak dua minggu lalu. 

“Kita akan mengkaji semua dokumen dan akaun-akaun syarikat yang terlibat dalam mengesan keseluruhan dalang termasuk anggota penguat kuasa yang terlibat dalam melindungi kegiatan ini.

“Penahanan ke atas kesemua suspek  itu hasil serbuan di beberapa syarikat pengimport bahan mentah sejuk beku di sekitar Johor dan siasatan dilakukan mengikut seksyen 18 dan 17 (a) Akta SPRM 2019,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya