Kapal kargo ditahan bersauh tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Kapal kargo ditahan bersauh tanpa kebenaran

SEBUAH kapal kargo yang berdaftar Ulaanbaatar, Mongolia ditahan Maritim Malaysia atas kesalahan bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 3.9 batu nautika barat Pulau Arang-Arang, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.- IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebuah kapal kargo ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan atas kesalahan bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 3.9 batu nautika barat Pulau Arang-Arang, dekat sini, semalam .

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, penahanan tersebut hasil perkongsian maklumat Jabatan Laut Malaysia mengenai sebuah kapal kargo yang sedang berlabuh di pelabuhan Negeri Sembilan.

Katanya, sejurus selepas menerima maklumat, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op Benteng Laut ke lokasi bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan.

“Setibanya di lokasi, anggota penguat kuasa Maritim Malaysia membuat pemeriksaan ke atas kapal kargo tersebut iaitu MV Bistari yang berdaftar di Ulaanbaatar, Mongolia.

“MV Bistari dikendalikan tujuh kru termasuk nakhoda kapal yang merupakan warga Indonesia berusia antara 21 tahun hingga 53 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Haris Fadzillah, pemeriksaan lanjut mendapati, kapal kargo tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran berlabuh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal tersebut seterusnya ditahan kira-kira pukul 11.40 pagi kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia akan terus mempergiat kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan berkaitan dalam operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diminta agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya