JPJ WPKL bantu sekatan jalan raya PDRM - Utusan Malaysia

JPJ WPKL bantu sekatan jalan raya PDRM

MOHD. Zaki Ismail memeriksa dokumen perjalanan pemandu kenderaan bagi memastikan mereka mematuhi SOP PKP ketika sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 40 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) turun padang membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan sekatan jalan raya di dua lokasi sekatan jalan raya (SJR) di ibu kota.

Bantuan dari segi keanggotaan JPJ itu berikutan jumlah kenderaan yang semakin meningkat walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 16 Januari lalu bagi membendung penularan Covid-19.

Pengarah JPJ WPKL, Mohd. Zaki Ismail berkata, pihaknya menempatkan anggota bagi membantu anggota PDRM di SJR Plaza Tol Jalan Duta dan Sungai Besi.

“Setakat ini, hasil pemeriksaan mendapati pengguna jalan raya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan PKP dengan baik antaranya mengemukakan surat kebenaran daripada pihak berwajib ketika melalui SJR.

“Selain itu, kita mempunyai anggota yang turut melaksanakan rondaan bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP PKP,” katanya ketika ditemui di SJR Plaza Tol Jalan Duta, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaki, pihaknya terus menjalinkan kerjasama yang baik dalam membantu penugasan PDRM sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Pelaksanaan operasi secara bersepadu ini wajar dilaksanakan bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP memandangkan kes Covid-19 dilihat belum menunjukkan sebarang penurunan.

“Kita berharap agar masyarakat memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP ini,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya