JPJ rekod 321 kesalahan dalam Op Covid-19 - Utusan Malaysia

JPJ rekod 321 kesalahan dalam Op Covid-19

ZAILANI Hashim (tiga, dari kanan) berbual dengan orang awam yang sedang mendapatkan perkhidmatan kaunter di UTC Seremban di Ampangan dekat sini hari ini.-UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 321 kesalahan terhadap pengguna jalan raya dalam tempoh dua hari Operasi Codenamed @ Op Covid-19 bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, lesen perjalanan yang sudah tamat tempoh antara  kesalahan paling tinggi  iaitu  43 manakala paling rendah iaitu tujuh kesalahan membabitkan tiada cukai jalan serta kesalaha-kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33).

Menurut beliau, operasi bersama PDRM itu dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 13 Januari lalu sehingga 26 Januari.

“Penugasan kita lebih kepada aspek seperti kesalahan merentas sempadan melibatkan kenderaan perdagangan misalnya dalam bas penumpang tiada surat rentas sempadan, jadi itu juga akan kita fokuskan.

“Operasi juga melibatkan aspek menyalahgunakan permit perjalanan iaitu individu berkenaan boleh ke tempat tertentu tetapi mereka ke kawasan lain juga, kalau tak buat satu kawalan dan seliaan di lapangan, mereka akan salah guna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat operasi kaunter JPJ di UTC Seremban dan perkhidmatan JPJ Mobile yang disediakan di pintu masuk bangunan berkenaan.

Sementara itu, Zailani berkata, pihaknya bersedia menambah bilangan anggotanya daripada 1,200 anggota sedia ada bagi membantu PDRM sepanjang Op Covid-19 tersebut.

“Saya akan lihat kalau keperluan kita akan tambah, sebab saya juga dihubungi oleh Ketua Polis Negara untuk minta bantuan ini.

“Bagi saya sebagai salah satu agensi penguat kuasa tidak boleh untuk tidak bekerjasama, lebih-lebih lagi dalam usaha kita mengekang penularan Covid-19 ketika ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya