Jasa besar Tun Mohd. Salleh perkasa integriti institusi kehakiman - PM - Utusan Malaysia

Jasa besar Tun Mohd. Salleh perkasa integriti institusi kehakiman – PM

ALLAHYARHAM TUN DR. MOHD. SALLEH ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan sumbangan Tun Dr. Mohd. Salleh Abas sangat besar dalam memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman negara ini.

Perdana Menteri berkata, sumbangan itu dapat dilihat sepanjang perkhidmatan beliau selaku Ketua Hakim Negara dari 1984 hingga 1988.

Bagi pihak kerajaan, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan beliau itu.

“Saya ingin menzahirkan rasa sedih atas pemergian Tun Dr Mohd. Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara yang kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang. Semoga mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan ini.

“Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Bekas Ketua Hakim Negara itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.20 pagi tadi di Hospital Sultanah Raja Nurzahirah, Kuala Terengganu, Terengganu, pada usia 91 tahun.

Terdahulu, Allahyarham Mohd. Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Bhd. disahkan positif Covid-19.

Allahyarham berasal dari Kampung Raja, Besut adalah Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

Beliau juga terkenal sebagai Ketua Hakim Negara yang dipecat semasa krisis Perlembagaan pada tahun 1988, sekali gus mengakibatkan kehilangan pencennya.

Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya