Jalan Lama Bentong-Raub ditutup akibat tanah runtuh - Utusan Malaysia

Jalan Lama Bentong-Raub ditutup akibat tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Jalan Lama Bentong-Raub ditutup kepada semua kenderaan hari ini berikutan kejadian tanah runtuh.

Kejadian runtuhan tanah yang berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi itu menyaksikan laluan dua lorong berkenaan tidak boleh dilalui kenderaan. 

Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd. Zulkifli Hashim berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Kerja Raya (JKR) runtuhan berkenaan melibatkan jalan sepanjang 50 meter.

“Langkah awal adalah dilakukan adalah laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan buat masa ini.

“Bagi penduduk Kampung Sang Lee boleh menggunakan laluan sebelah Raub yang boleh digunakan sebahagian akibat tanah runtuh baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zulkifli, pemantauan terus dilakukan dan punca masih dalam siasatan pihak terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya