Hospital swasta sedia bantu rawat pesakit Covid-19  - Utusan Malaysia

Hospital swasta sedia bantu rawat pesakit Covid-19 

RAKYAT mahu pemimpin politik memberi tumpuan kepada usaha melawan Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Fasiliti kesihatan swasta bersedia bersama-sama Kementerian Kesihatan merawat pesakit Covid-19. 

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, bagaimanapun, perbincangan  lanjut berhubung perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) serta  pemegang  lesen  hospital  swasta   di seluruh  negara  

“Saya  berharap  pemegang  taruh swasta  akan  dapat  mengutarakan  segala  persoalan  dan  memanfaatkan sesi  libat  urus  tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.   

Beliau mengulas beberapa laporan media berhubung pengurusan pesakit Covid-19 di hospital swasta sehingga perkara  itu menimbulkan  pelbagai  pertanyaan  dalam kalangan  sesetengah  pemegang taruh  di sektor swasta. 

Noor Azmi berkata, beliau mempengerusikan perbincangan  awal  bersama  pihak APHM pada 13 Januari lalu dengan  turut  dihadiri  wakil kementerian  pelbagai  bahagian  termasuk pakar  klinikal. 

Beliau berkata, kementerian akan  meneliti  beberapa  isu serta  kebimbangan  yang  dibangkitkan  oleh  wakil  APHM  dalam perbincangan  tersebut. 

“Saya berpuas  hati  dengan  hasil  perbincangan  dan  semangat  kolaborasi  serta solidariti  yang  ditunjukkan  semua  pihak  yang  hadir  dalam  mesyuarat tersebut,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementerian  tidak  pernah  menghalang  mana-mana  hospital  swasta menawarkan  perkhidmatan  rawatan  bagi pesakit Covid-19 walaupun pada  peringkat  awal,  kementerian   bersetuju  agar  rawatan  pesakit Covid-19  berpusat  di  fasiliti  kerajaan. 

Apatah lagi, katanya,  negara  sedang  menghadapi  gelombang   lebih  mencabar  dari  situasi  sebelum  ini. 

“Sistem kesihatan  awam  dijangka berdepan cabaran menyediakan  perkhidmatan  bagi  menampung  peningkatan ketara kes Covid-19,” katanya. 

Dalam pelaksanaan darurat diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin,  beberapa Ordinan Darurat boleh dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membendung wabak Covid-19. 

Ordinan itu merangkumi hal berkaitan penggunaan aset hospital swasta, pengambilan milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan penggunaan sumber hospital swasta bagi tujuan merawat pesakit Covid-19. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya