Hanya lima orang dibenarkan berjemaah di masjid, surau - Utusan Malaysia

Hanya lima orang dibenarkan berjemaah di masjid, surau

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Susulan daripada pelaksanaan langkah kawalan yang lebih tegas bagi membendung pandemik Covid-19, bagi aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau
rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP.

Jumlah yang dibenarkan pula hanya lima orang sahaja.’

Bagi negeri yang dikenakan PKP-P dan PKP-B, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.

“Pihak berkuasa agama negeri disaran untuk memberi penetapan yang bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadiran yang dibenarkan.

“Saya juga sedar bahawa pengasingan diri untuk satu tempoh yang lama boleh memberi tekanan terhadap kesihatan mental.

“Justeru, bagi memastikan kesihatan minda dan fizikal yang berterusan, anda dibenarkan meninggalkan rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah sahaja. Pastikan jarak anda dari orang
lain adalah dua (2) meter setiap masa,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya