Hampir 10,000 pekerja asing di Melaka belum disaring - Utusan Malaysia

Hampir 10,000 pekerja asing di Melaka belum disaring

RAHMAD MARIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hampir 10,000 pekerja asing di negeri ini dikesan belum menjalani ujian calitan Covid-19 yang disarankan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah itu dikesan pasukan petugas khas dalam serbuan melibatkan 99 majikan di seluruh negeri ini.

“Pasukan ini ditubuhkan dengan kerjasama antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Melaka dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) khusus untuk mengesan jumlah pekerja asing yang belum menjalani ujian calitan Covid-19.

“Sepanjang pemeriksaan dilakukan bermula 20 November sehingga 27 Januari lalu, pasukan itu mengesan seramai 9,912 pekerja asing belum membuat ujian calitan Covid-19 seperti yang digesa oleh kerajaan dan hanya 2,628 telah disaring,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua pekerja asing itu melakukan kerja di pelbagai sektor termasuk perladangan, keselamatan, pembuatan, pembungkusan, pembinaan, kejuruteraan dan perkhidmatan pekerjaan.

“Majikan terlibat diberi tempoh dua minggu bagi memastikan semua pekerja asing yang digaji membuat ujian calitan Covid-19.

“Mana-mana majikan yang gagal berbuat demikian boleh didakwa mengikut Peraturan 13 (1), Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No. 9) 2020),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN