Gajet: Kerajaan Terengganu disaran adakan bantuan kecemasan pendidikan - Utusan Malaysia

Gajet: Kerajaan Terengganu disaran adakan bantuan kecemasan pendidikan

Tengku Haphiz Tengku Putera
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri digesa mengadakan bantuan kecemasan pendidikan untuk golongan kurang berkemampuan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ketua Pemuda UMNO negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, peruntukan bantuan kecemasan itu boleh diperoleh berdasarkan kuasa penuh di bawah Ordinan Darurat dengan meminda beberapa perkara dalam Bajet 2021 negeri.

Katanya, kerajaan negeri boleh menangguhkan buat sementara pelaksanaan projek infrastruktur pendidikan seperti pembinaan dua Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) atau menaik taraf  Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) bagi memberi laluan kepada bantuan kecemasan pendidikan tersebut.

“Buat permulaan pemberian bantuan yang dicadangkan ialah sekurang-kurangnya sebuah tablet bagi keluarga yang memiliki dua anak bersekolah.

“Kriteria penerima juga boleh diperincikan mengikut keutamaan seperti keluarga B40, pelajar yang menduduki peperiksaan utama atau mereka yang di kawasan luar bandar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tengku Haphiz berkata, dana Tabung Pendidikan Terengganu Sejahtera bernilai hampir RM50 juta juga boleh dimanfaatkan untuk menangani isu PdPR itu sekali gus membantu sebahagian pelajar anak negeri atau bersamaan 150,000 orang.

Katanya, Pemuda UMNO negeri bersedia berkongsi pengalaman menguruskan pemberian komputer riba, e-book yang dirintis pada 2009 semasa di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

“Program yang menelan belanja kira-kira RM20 juta itu setahun itu telah dimanfaatkan oleh sebahagian besar murid sekolah rendah, malah perisiannya juga mengikut sukatan pendidikan negara dan sangat berfaedah untuk golongan sasar.

“Jadi kita berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan cadangan ini dan seeloknya mendapat  kerjasama serta bantuan di peringkat Pusat selaras untuk mengekalkan prestasi pendidikan negeri yang sentiasa cemerlang saban tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya