Enam lelaki ditahan dipercayai terlibat kes pukul - Utusan Malaysia

Enam lelaki ditahan dipercayai terlibat kes pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan enam lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan stesen minyak Batu 9 Cheras, Kajang dekat sini semalam.

Pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki itu tular menerusi video berdurasi enam minit dalam media sosial sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki itu pada pukul 4.50 pagi.

“Anggota polis peronda yang ke lokasi kejadian menemukan seorang lelaki yang cedera sebelum dibawa ke hospital dengan menaiki ambulan.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari lokasi kejadian menunjukkan mangsa dicederakan oleh beberapa orang lelaki.

Menurut Mohd. Zaid, punca kejadian masih dalam siasatan manakala mangsa stabil dan kini dirawat di hospital.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh menyalurkan maklumat di balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya