Empat lelaki provokasi polis diarah lakukan kerja amal - Utusan Malaysia

Empat lelaki provokasi polis diarah lakukan kerja amal

(Dari kiri) MOHD. Hafiz Nasri Shah; Mohd. Safwan Akbar; Shahrizal Anuar dan Mohd. Danial Al Arabia Mohd. Rafi diperintah melakukan kerja amal selepas mengaku bersalah menghalang penjawat awam melakukan tugas di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai empat lelaki diperintahkan melakukan kerja amal dalam tempoh dua bulan selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan provokasi terhadap polis di Tanjung Tokong, di sini, 17 Januari lalu.

Majistret R. Manomani memerintahkan Shahrizal Anuar, 38; Mohd. Safwan Akbar, 29; Mohd. Hafiz Nasri Shah, 28, dan Mohd. Danial Al Arabia Mohd. Rafi, 24, menjalani hukuman perintah kehadiran berwajib itu selepas mengaku bersalah.

Mereka diperintahkan menjalani hukuman itu tiga jam sehari bagi tempoh selama dua bulan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis pada pukul 5.40 petang, 17 Januari lalu di simpang lampu isyarat Jalan Tanjong Tokong, di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Rais Imran Hamid manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam, Nur Najihah Ahmad Zulkarnain.

Sementara itu, di hadapan majistret sama, keempat-empat mereka serta tiga yang lain iaitu Azizul Mohamad, 45; Mohd. Idris Ayob, 25, dan Danish Ikmal Mohd. Shafiq Samugam, 20, didenda RM700 selepas didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lokasi dan masa yang sama.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seramai tujuh lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan individu disyaki mengepung dan menghalang tugas polis semasa kemalangan membabitkan dua lelaki di Tanjong Tokong, di sini kira-kira pukul 5.30 petang 17 Januari lalu.

Insiden itu tular dalam dalam media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang menuduh anggota polis sengaja menendang motosikal terbabit sehingga kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah.

Polis bagaimanapun menafikan penglibatan anggota berkenaan dan memaklumkan dua lelaki terbabit melanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat itu ketika melarikan diri daripada anggota polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya