Dua warga asing ditahan cuba rasuah polis - Utusan Malaysia

Dua warga asing ditahan cuba rasuah polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Dua lelaki warga asing ditahan ketika cuba merasuah seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan  di kawasan Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) berhampiran Plaza Tol Lunas di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang, dua lelaki Bangladesh berusia 27 dan 30 tahun ditahan ketika mereka menaiki teksi dalam perjalanan ke Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, semasa pemeriksaan, dua lelaki itu tiada permit rentas negeri dan dokumen perjalanan.

“Seorang daripada warga asing itu cuba memberi rasuah sebanyak RM500 kepada seorang anggota yang bertugas.

“Anggota polis terbabit memberi amaran  supaya tidak melakukan jenayah itu, namun selepas dua kali memberi amaran lelaki terbabit terus mahu beri rasuah,” katanya di sini hari ini.

Azhar berkata, tindakan lelaki itu menyebabkan kedua-duanya ditahan.

Katanya, polis merampas wang tunai bernilai RM50 sebanyak 10 keping dan hasil soal siasat mendapati mereka dalam perjalanan ke Kulim untuk mencari pekerjaan sebagai buruh.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut tiada rekod jenayah  dan suspek diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Sungai Petani untuk tindakan.- UITUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya