Dua lelaki miliki air ketum ditahan - Utusan Malaysia

Dua lelaki miliki air ketum ditahan

SEBAHAGIAN bungkusan air ketum.yang dirampas daripada dua lelaki di Kulim, Kedah, semalam dan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Polis menahan dua lelaki dan merampas 272 bungkusan air ketum dianggarkan bernilai RM2,720 dalam dua serbuan Op Tapis di sini, semalam serta hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azhar Hashim berkata, berdasarkan maklumat, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai, di sini kira-kira pukul 3.50 petang semalam.

“Dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan bersama 55 bungkusan plastik lut sinar mengandungi cecair dipercayai air ketum,” katanya di sini, hari ini.

Kata beliau, serbuan kedua pula dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sungai Ular kira-kira pukul 1.30 petang ini.

“Kita bertindak menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan merampas 217 bungkusan plastik lut sinar dipercayai mengandungi air ketum,” ujarnya.

Menurut Azhar, dua lelaki terbabit didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan sama.

“Dua suspek itu tidak serik melakukan kegiatan penjualan air ketum walaupun sudah tiga kali ditahan polis.

“Kita akan memohon agar mahkamah memberi hukuman maksimum kepada suspek kerana beberapa kali melakukan kesalahan sama,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan reman empat hari dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya