Dua lelaki ditahan pecah masuk rumah - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan pecah masuk rumah

SHAMSUL AMAR RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan dua lelaki baru berjinak-jinak dengan kegiatan pecah rumah sejak awal bulan ini membawa padah apabila mereka ditahan di Taman Sentosa, di sini petang semalam.

Suspek berusia 34 tahun dan 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.30 petang selepas dipercayai melakukan jenayah tersebut di Taman Sri Sentosa Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang merupakan pemandu lori mengatakan pintu pagar rumahnya diumpil dan keadaan rumah berselerak.

Katanya, pengadu mengalami kerugian kira-kira RM5,000 berikutan beberapa barangan rumah hilang antaranya televisyen, pembesar suara dan wang tunai.

“Bertindak atas maklumat, polis melakukan siasatan dan menahan dua lelaki warga tempatan di sebuah rumah dan menemukan semula barang-barang curi termasuk milik pengadu.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk salah seorangnya mempunyai 11 kes membabitkan kes jenayah dan dadah serta merupakan bekas tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kumpulan kongsi gelap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar berkata, modus operandi digunakan suspek adalah menggunakan pemotong kuku besi dan kuku kambing untuk mematahkan besi pintu grill rumah mangsa.

Jelasnya, siasatan juga mendapati kedua-dua suspek aktif melakukan kegiatan pecah rumah sejak awal bulan ini dan terlibat dengan tiga kes.

“Suspek juga terlibat dalam kes pemerasan terhadap pekerja atau tuan rumah yang melakukan pengubahsuaian rumah.

“Suspek yang positif dadah jenis syabu kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya