Ditahan bawa rokok, arak seludup - Utusan Malaysia

Ditahan bawa rokok, arak seludup

SEORANG lelaki ditahan PGA kerana membawa rokok dan arak tidak bercukai menggunakan sebuah kereta di Jalan Rotan Lumpit, Masai, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas 123 karton rokok, lima karton arak dalam tin dan tujuh botol minuman keras itu yang dipercayai diseludup di Jalan Rotan Lumpit, Masai di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan membawa barangan pelbagai jenama berkenaan yang bernilai RM28,000 dalam sebuah kereta pada pukul 10.45 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut menemukan rokok dan arak seludup pelbagai jenama yang tidak ada cukai kastam dalam kereta berkenaan.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM28,000. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut.

“Kita menyeru kepada orang awam terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dimin, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN