Dilema pelajar SPM mangsa banjir - Utusan Malaysia

Dilema pelajar SPM mangsa banjir

Nur Aishah Wahab
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Selain masalah liputan internet yang kurang memuaskan sehingga mengganggu sesetengah pelajar untuk mengulang kaji pelajaran, sesetengah pelajar tingkatan lima di daerah ini turut kehilangan nota pelajaran yang tenggelam dalam banjir awal bulan ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laksamana, Nur Aishah Wahab, 17, berkata, ekoran itu ramai pelajar tidak dapat fokus untuk belajar selain tempoh cuti yang panjang sebelum ini.

Kata anak bongsu daripada dua beradik itu, dia antara yang gembira sekiranya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 22 Februari ini yang menentukan kemasukan ke institusi pengajian tinggi itu dapat ditangguhkan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan.

“Pada pandangan saya sememangnya perlu tarikh SPM ditangguhkan kerana ramai pelajar yang tidak belajar semasa cuti sekolah. Ada juga yang tidak dapat masuk ke kelas secara dalam talian yang guru sediakan atas sebab-sebab tertentu.

“Lebih-lebih lagi seperti kami yang berdepan kejadian banjir sehingga kehilangan nota ulang kaji dan buku teks. Keadaan ini menjadikan kami lebih susah mengulang kaji sebelum menjawab peperiksaan nanti,” katanya yang tinggal di Kampung Tembioh, di sini, semalam.

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahman berkata, kementerian tetap meneruskan peperiksaan SPM pada 22 Januari ini walaupun terdapat kebimbangan terhadap pandemik Covid-19.

Sementara itu, nada berbeza disuarakan seorang lagi calon SPM, Amir Nadzyr Hakim Faizal, 17, yang menetap di Kampung Kelantan, di sini apabila mahu peperiksaan SPM berjalan tanpa ditangguhkan.

Amir Nadzyr Hakim

“Ketika banjir melanda baru-baru ini membuatkan pelajar semakin risau mengenai pelajaran mereka, tidak dinafikan buku sekolah rosak dan sebagainya dan jika peperiksaan ditangguhkan kita tidak tahu apa pula yang bakal terjadi.

“Setakat ini saya hanya mengulang kaji apa sahaja yang guru ajar, Insya-Allah saya yakin dengan tumpuan diberikan akan dapat menjawab peperiksaan nanti dengan baik. Saya harap jika boleh teruskan sahaja peperiksaan SPM ini tanpa ditangguhkan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya