Darurat: Rakyat tidak ingin lihat tindakan hakis sistem demokrasi - Utusan Malaysia

Darurat: Rakyat tidak ingin lihat tindakan hakis sistem demokrasi

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Rakyat tidak ingin melihat apa-apa tindakan yang akan menghakis sistem demokrasi berparlimen meskipun Ordinan Darurat memberi kuasa kepada Perdana Menteri menguruskan pandemik Covid-19 dengan lebih berkesan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keperluan mengisytiharkan darurat juga harus dilihat untuk menilai semula strategi dan pendekatan digunakan kini yang mana belum dapat membebaskan negara serta rakyat daripada ancaman virus itu.

Katanya, beliau menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.

“Ditegaskan bahawa kuasa eksekutif menteri besar atau ketua menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikekalkan dan tidak dijejaskan oleh proklamasi darurat.

“Bagaimanapun, Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan bersidang sehingga suatu masa ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya pengisytiharan darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif membendung penularan pandemik Covid-19.

Seri Paduka memberi perkenan pelaksanaan darurat itu berjalan hingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan itu diberikan selepas Muhyiddin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan baginda dengan Raja-Raja Melayu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya