Covid-19: Lagi sekolah ditutup di Terengganu - Utusan Malaysia

Covid-19: Lagi sekolah ditutup di Terengganu

Tiga lagi sekolah di Terengganu ditutup akibat penularan Covid-19. -UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga lagi sekolah ditutup tujuh hari di negeri ini berikutan kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga dan SK Pusat Cabang Tiga, masing-masing di daerah ini serta  SK Bukit Apit di Hulu Terengganu.

Penutupan sementara itu berkuat kuasa semalam hingga 31 Januari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja nyah kuman.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, arahan penutupan tersebut dibuat mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak penularan.

Baru-baru ini, sebanyak 12 sekolah ditutup di Kuala Terengganu iaitu SK Sultan Sulaiman 1, SK Paloh, SK Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya