Covid-19: Ahmad Razif sumbang sebulan gaji kepada HSNZ, kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Covid-19: Ahmad Razif sumbang sebulan gaji kepada HSNZ, kerajaan negeri

AHMAD RAZIF Abdul Rahman menyerahkan sumbangan barangan keperluan dan makanan kepada petugas barisan hadapan kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini menyumbangkan sebulan elaunnya bagi membantu urusan penyediaan fasiliti Covid-19 di negeri ini.

Ahmad Razif berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM5,000 diagihkan untuk keperluan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini manakala baki RM5,000 lagi kepada kerajaan negeri.

“Elaun wakil rakyat ADUN pada bulan ini saya sumbangkan secara sama rata kepada HSNZ dan Kerajaan Negeri Terengganu.

“Pemberian sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu menyediakan fasiliti Covid-19 yang diperlukan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan barangan keperluan dan makanan kepada 140 petugas barisan hadapan kesihatan di lobi utama HSNZi.

Antara barangan keperluan yang disumbangkan itu iala biskut, air kotak, minuman 3 dalam 1 dan mi segera.

Ahmad Razif berharap inisiatif yang dicetuskannya itu boleh menjadi inspirasi untuk rakan-rakan wakil rakyat dan pihak-pihak lain untuk terus membantu petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus berjuang memutuskan rantaian pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya