Bukan kali pertama motosikal 'terbang' atas peti surat - Utusan Malaysia

Bukan kali pertama motosikal ‘terbang’ atas peti surat

SEBUAH motosikal jenis Yamaha LC yang diletakkan di atas peti surat di sebuah pangsapuri Blok Akasia, Bayan Lepas, Pulau Pinang yang tular dalam media sosial, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Kejadian sebuah motosikal diangkat dan diletakkan di atas peti surat di sebuah pangsapuri Blok Akasia, Bayan Lepas di sini gara-gara menghalang laluan utama penduduk flat berkenaan, semalami tular dalam media sosial sejak semalam.

Gambar motosikal jenis Yamaha LC itu tersebar sejurus selepas kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10 malam semalam.

Difahamkan, motosikal berkenaan adalah kepunyaan seorang lelaki warga asing yang dipercayai dibelinya pada tahun lalu.

Seorang penduduk flat berhampiran yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 45, berkata, kejadian berlaku dikatakan bukan berpunca daripada sikap pemilik motosikal berkenaan seperti didakwa netizen.

Sebaliknya, katanya, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila salah seorang pemilik motosikal lain bertindak menolak kenderaan itu di dalam petak kuning semasa mahu mengambil motosikalnya dan tidak mengalihnya semula ke tempat asal.

“Berlaku salah faham apabila orang awam menyangka pemilik motosikal Yamaha LC itu sengaja meletakkan dengan sesuka hati di dalam petak kuning.

“Bagaimanapun difahamkan, ini bukan kejadian pertama motosikal diletakkan di petak kuning di situ. Sebelum ini, ada juga pemilik motosikal lain melakukan perkara sama.

“Tindakan sedemikian sememangnya boleh mengundang kemarahan penduduk selain menghalang laluan utama mereka terutama apabila berlaku sebarang kecemasan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, motosikal tersebut sudah diturunkan pemiliknya dari atas peti surat berkenaan selepas lebih 24 jam kejadian berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya