Bomba bantu turunkan jenazah 200 kilogram - Utusan Malaysia

Bomba bantu turunkan jenazah 200 kilogram

SEPASUKAN anggota bomba membantu menurunkan jenazah seorang wanita seberat 200 kilogram dalam pengkebumian di Kampung Lubok Bandung, Simpang Bekoh, Jasin, Melaka. - UTUSAN/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan jenazah seorang wanita seberat 200 kilogram masuk ke liang lahad dalam majlis pengkebumian di Kampung Lubok Bandung, Simpang Bekoh, di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Abd. Rahim Taufik berkata, panggilan diterima pihaknya pada pukul 8.46 malam.

Katanya, sepasukan 10 anggota bersama-sama sebuah jentera ditugaskan ke lokasi dan tiba 15 minit kemudian.

“Sepasukan anggota bomba menerima panggilan bantuan untuk mengangkat dan menurunkan jenazah seorang wanita seberat 200 kilogram ke liang lahad untuk dikebumikan.

“Panggilan dibuat ketika jenazah bertolak dari Hospital Jasin dan pasukan kami berada di lokasi untuk memberi bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kerja-kerja membantu menurunkan jenazah yang berusia 30-an itu mengambil masa kira-kira 20 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya