Bersatu guna pelbagai cara pancing ahli UMNO- Tajuddin - Utusan Malaysia

Bersatu guna pelbagai cara pancing ahli UMNO- Tajuddin

TAJUDDIN Abdul Rahman (kiri) menerima cenderahati daripada pimpinan UMNO Pasir Salak selepas merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian itu di Chenderong Balai hari ini. - UTUSAN/SHAARANI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggunakan pelbagai kaedah untuk memancing ahli UMNO menyertai parti berkenaan termasuk dengan menawarkan wang ringgit, pengaruh dan kedudukan.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, perkara itu berlaku kerana Bersatu tidak dapat mengelak untuk bertembung dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Dalam menghadapi PRU-15, Bersatu akan bertanding melawan kita, mereka ada duit, ada pengaruh, ada pangkat, mereka ada semua dan semua ini akan dijadikan umpan untuk tarik ahli UMNO semua peringkat.

“Peringkat yang di atas ditawarkan jawatan menteri, timbalan menteri, sebab itu sebelum ini ada yang melompat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Salak, di Dewan Besar Pekan Rabu, di sini hari ini.

Tajuddin berkata, ketika ini pun sudah ada beberapa cubaan untuk membeli ahli UMNO dengan memberikan projek, duit dan beberapa tawaran.

Katanya, Bersatu juga dilihat cuba untuk mengganggu gugat UMNO dari akar umbi.

“Ketika ini mereka (Bersatu) bukan hanya nak besarkan parti mereka tetapi juga melemahkan UMNO, sebab itu kita ambil ketetapan kerjasama UMNO dan Bersatu akan tamat apabila pilihan raya umum dipanggil semula,” katanya.

Tajuddin berkata, meskipun sudah memberikan sokongan, UMNO tidak diiktiraf dan tidak dilihat sebagai parti yang mempunyai sokongan yang besar kepada kerajaan.

Beliau turut mengingatkan pemimpin akar umbi khususnya ketua cawangan UMNO untuk terus memantau usaha yang dilakukan pihak tertentu mencuri ahli UMNO dan meninggalkan parti.

“Jaga dan pastikan terkawal jangan benarkan ahli dibeli, ahli cawangan dicuri, jangan biarkan,” katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataannya sebelum ini mendesak Bersatu agar menghentikan segera sebarang usaha untuk bersaing ahli antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kata Asyraf Wajdi, tindakan itu tidak dapat memberi jaminan kerjasama kedua parti berkenaan akan kekal sekiranya perkara sedemikian masih berlaku. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya