Berkorban jaga ibu lumpuh - Utusan Malaysia

Berkorban jaga ibu lumpuh

SHARIFAH Shariff (kiri) memegang tangan ibunya ketika ditemui di Taman Kem, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN/NOR AZIHAN MD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Jika tiga tahun lalu, dia meninggalkan rumahnya semata-mata mahu menjaga ibunya yang tinggal berseorangan sejak kematian bapanya.

Namun, Sharifah Shariff, 59, tidak menyangka, ibu yang dijaganya itu disahkan lumpuh separuh badan bahagian kiri sejak tiga bulan lalu akibat demam panas.

Katanya, kesihatan ibunya, Ramlah Lias, 79, semakin merosot dan sentiasa berasa keseorangan sebelum lumpuh.

“Bimbang dengan kesihatan ibu, saya mengambil keputusan berpindah ke rumahnya untuk menjaganya.

“Bagaimanapun, ibu me­ngalami demam panas dan bacaan darahnya tinggi. Kea­daan ini mengakibatkan dia lumpuh dan tidak boleh berge­rak termasuk sukar berkomunikasi.

“Ibu kini bergantung kepada lampin pakai buang dan perlu ditukar antara tiga hingga empat kali sehari kerana tidak mampu ke bilik air bersendirian. Penyakit yang ditanggungnya juga menyebabkan dia mudah terkencing,” katanya kepada Utusan Malaysia di Taman Kem, Pelabuhan Klang, di sini baru-baru ini.

Sharifah yang juga ibu tunggal sejak 16 tahun lalu selepas kematian suaminya berkata, dia mempunyai seorang adik namun kurang berkemampuan kerana mempunyai tanggungjawab besar terhadap keluarganya.

Dia yang turut mempu­nyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi memberitahu, sumber kewa­ngan keluarganya sangat terhad dan bergantung kepada dua anaknya yang sudah bekerja.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui 7009045868 (CIMB) atas namanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya