Beri kelonggaran bantuan pasca banjir - Utusan Malaysia

Beri kelonggaran bantuan pasca banjir

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kerajaan Pusat dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta memberi kelonggaran bagi membolehkan pihak luar memasuki negeri ini menghulurkan bantuan pasca banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sehingga kini banyak permohonan diterima untuk bantuan pasca banjir antaranya di Temerloh, Maran dan Kuala Krau.

“Kita mohon untuk pasca banjir ini, kelonggaran diberikan sebagai contoh rakan dari Perlis datang membantu. Umum sedia maklum, Perlis tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita mohon beri pengecualian dan tetapkan syarat tertentu supaya mereka dapat membantu mangsa banjir yang terjejas teruk termasuk di Temerloh,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kerajaan memutuskan melaksanakan PKP untuk tempoh 14 hari sehingga 26 Januari ini melibatkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan, Melaka, Johor dan Sabah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKP Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala Perlis dan Sarawak dikenakan PKPP.

Menurutnya, pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Mohd. Sharkar berkata, bantuan pihak luar sangat diperlukan, sebagai contoh di Temerloh sebahagian besar mangsa banjir di daerah itu mengalami kerosakan sepenuhnya ekoran musibah tersebut.

“Mereka (mangsa banjir) ini akan tumpu kepada proses membersihkan rumah yang memerlukan masa lama. Jadi, untuk bangunan awam seperti masjid, sekolah, surau dan balai polis, kita perlukan bantuan pihak luar untuk membersihkanya,” katanya.

Ekoran banjir besar di Temerloh, beliau menjangkakan tempoh sehingga enam bulan diperlukan untuk pulih daripada kesan bencana buruk itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya