Berebut jawatan PM kerja mengarut - Hadi Awang - Utusan Malaysia

Berebut jawatan PM kerja mengarut – Hadi Awang

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbalahan berhubung siapa yang layak menjadi Perdana Menteri tidak sepatutnya berlaku ketika negara sedang dalam Proklamasi Darurat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan, cubaan menukar Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jumlah majoriti yang dimiliki adalah ‘kerja-kerja mengarut’.

Beliau berkata, apa sahaja langkah yang boleh mengganggu kerja untuk membantu rakyat semasa darurat mesti ditangani dengan peraturan yang tegas.

“Perkara yang tak patut kita buat pada masa ini ialah berbalah berkaitan siapa nak jadi Perdana Menteri atau nak lantik siapa Perdana Menteri.

“Suasana hari ini dengan pandemik Covid-19 yang semakin mengancam nyawa rakyat, masih lagi ada yang nak berbahas berkenaan itu, kononnya cukup undi Parlimen untuk mengubah Perdana Menteri.

“Ini semua kerja-kerja mengarut. Tidak peka dengan wabak yang menimpa rakyat. Perkara ini mesti ditolak dan dicegah,” katanya dalam ucapan penangguhan Webinar Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan?.

Sebelum ini, dilaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, jumlah ahli Parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan darurat adalah ‘lebih daripada mencukupi’.

Beliau berkata, setakat ini antara 114 hingga 115 ahli Parlimen bersepakat mahu darurat dibatalkan.

Jelasnya lagi, dengan jumlah berkenaan, adalah cukup untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan usul tersebut dan memanggil sidang khas Parlimen dalam kadar segera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya