Bena perang jejas 112 pesawah - Utusan Malaysia

Bena perang jejas 112 pesawah

RAZMAN Zakaria (dua dari kiri) melihat padi yang rosak akibat serangan bena perang di Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak. - UTUSAN/GAMBAR WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Sebanyak 79 hektar sawah padi melibatkan tiga buah kampung, di sini rosak akibat serangan penyakit bena perang.

Ia melibatkan Kampung Parit Haji Ali, Kampung Parit Mentara 3 dan Sekitar Kampung di Alor Pongsu yang menjejaskan pendapatan 112 pesawah dengan anggaran kerugian sebanyak RM24,000.

Seorang pesawah, Sabran Muhammad Saaid, 42, berkata, musim ini petak sawah yang diusahakan seluas 1.6 hektar terjejas berikutan serangan bena perang.

Katanya, dia mula menyedari petak sawahnya diserang serangga itu dua minggu lalu apabila pokok padinya kelihatan bertompok-tompok merah.

“Pelbagai usaha dilakukan termasuk mencuba bermacam-macam jenis racun untuk menghapuskan bena perang namun tiada kesan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Seorang lagi pesawah, Maahad Saari, 58, berkata, serangan bena perang menyebabkan pemotongan harga padi yang tinggi musim ini oleh pengilang.

“Pemotongan harga padi yang tinggi pastinya menjejaskan pendapatan kami,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, serangan bena perang mengakibatkan 10 hingga 20 peratus dari 79 hektar sawah padi terjejas.

Menurutnya, pihak yang berkenaan telah mengerakkan usaha membantu pesawah terlibat bagi membuat kaedah pendebuan dan semburan asap untuk mencegah bena perang merebak ke kawasan lain.

“Penyakit bena perang ini muncul melalui angin dan serangannya menyebabkan sawah padi menjadi hangus dan bertompok merah serta padi tidak berisi,” katanya ketika meninjau kawasan sawah yang terjejas serangan bena perang di Parit Haji Ali, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Norsiyenti Othman berkata, pihaknya memasang perangkap jaring dan lampu bagi mengesan kehadiran bena perang.

“Mengikut prosedur operasi standard (SOP) jabatan, pengawalan sekitar 50 meter kawasan yang diserang bena perang perlu dibuat semburan racun serta pemantauan yang lebih kerap,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya