Bekas pesakit Covid-19 warga asing dibiar cari bas sendiri - Utusan Malaysia

Bekas pesakit Covid-19 warga asing dibiar cari bas sendiri

SITUASI pesakit Covid-19 yang terpaksa beratur panjang dan bersesak-sesak untuk mengambil wuduk di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang. - UTUSAN/NOOR HASLIZA NUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Bekas pesakit Covid-19 warga asing didakwa berkeliaran dan berjalan jauh untuk mendapatkan pengangkutan awam di Pekan Simpang Empat di sini sebaik dibenar meninggalkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Kompleks Sukan Balik Pulau sejak Ahad lalu. 

Tindakan warga asing itu mendatangkan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk kampung dan penjaja tepi jalan selain simpati dengan nasib mereka. 

Jarak PKRC Kompleks Sukan Balik Pulau dan Pekan Simpang Empat adalah kira-kira dua kilometer.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, perkara tersebut mendatangkan masalah kepada bekas pesakit termasuk mengundang kegusaran dalam kalangan penduduk sekitar. 

Menurut beliau, pihak berwajib seharusnya menyediakan kemudahan pengangkutan kepada bekas pesakit itu kerana lokasi PKRC  terletak jauh dari pusat bandar. 

“Mereka (bekas pesakit) tiada kemudahan untuk pulang ke rumah dan berkeliaran serta berjalan kaki jauh ke stesen bas. Pihak saya difahamkan mereka ada cuba untuk meminta bantuan van daripada beberapa pihak tetapi gagal. 

“Disebabkan itu, saya menawarkan perkhidmatan pacuan kereta empat roda milik saya bagi membantu membawa mereka pulang baru-baru ini. 

“Persoalannya, bagaimana dengan prosedur standard operasi (SOP) untuk menghantar pulang bekas pesakit yang telah sembuh?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Justeru, beliau merayu supaya diwujudkan kemudahan pengangkutan untuk bekas pesakit ketika dibenarkan pulang ke rumah dari PKRC.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya