Bekalan barangan keperluan mencukupi di NS - Utusan Malaysia

Bekalan barangan keperluan mencukupi di NS

SEORANG anggota penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan ketika melakukan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan di negeri ini.- Ihsan KPDNHEP Negeri Sembilan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekalan barangan keperluan asas di semua peringkat rantaian perniagaan di negeri ini adalah mencukupi.

Jaminan itu diberikan setelah 105 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan dan 30 pegawai pemantau harga melakukan pemeriksaan di 515 premis perniagaan di negeri ini.

Pengarah KPDNHEP negeri, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, hasil pemeriksaan tersebut, beliau juga memberikan jaminan bahawa harga barangan adalah stabil sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

“Berdasarkan rekod, daripada 9 Januari sehingga 11 Januarilalu, sebanyak 515 premis telah diperiksa meliputi pemborong, peruncit, pasar raya besar, pasar mini dan juga pasar-pasar awam di negeri ini. Situasi pembelian panik juga didapati tidak berlaku di premis-premis perniagaan yang diperiksa.

“Bekalan barangan keperluan harian terutamanya barang makanan dan barang keperluan utama dijamin mencukupi pada harga yang stabil dan munasabah di dalam tempoh pelaksanaan PKPB di negeri ini. 

“KPDNHEP Negeri Sembilan ingin menasihati penduduk di negeri ini supaya bertenang dan tidak membuat pembelian panik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ain Arjuna memaklumkan, sebanyak 44,218 premis telah diperiksa oleh pihaknya yang meliputi 32,740 premis di kawasan bandar dan juga 11,478 luar bandar sepanjang tahun lalu.

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP di negeri ini akan sentiasa memantau dan memeriksa bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barang stabil tanpa kenaikan mendadak.

“Para pengguna juga dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur standard operasi SOP yang ditetapkan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan terutamanya ketika keluar mendapatkan barangan keperluan harian,” katanya.

Beliau juga menyarankan kepada pengguna untuk membuat pembelian secara dalam talian sebagai langkah mengurangkan kesesakan dan pergerakan fizikal di premis-premis perniagaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya