Banjir Sarawak pula makin buruk - Utusan Malaysia

Banjir Sarawak pula makin buruk

PENDUDUK Bazar Siniawan di Kuching, Sarawak berpindah selepas rumah mereka dinaiki air ekoran keadaan banjir yang semakin buruk. -UTUSAN/ALICIA JOHNY KUEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Pahang, Kelantan dan Johor hampir pulih sepenuhnya selepas banyak pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri-negeri tersebut ditutup, semalam.

Di KELANTAN, banjir sudah pulih apabila PPS terakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Pasir Mas menamatkan operasi­nya lewat petang semalam.

PPS SK Tok Deh ditutup kira-kira pukul 6.30 petang selepas 32 mangsa di situ pulang ke rumah masing-masing.

Di JOHOR, bencana banjir hampir pulih sepenuhnya apabila hanya 93 mangsa daripada 23 keluarga masih ditempatkan di dua PPS yang masih dibuka.

Pengerusi Jawatankuasa Ke­sihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, hanya dua daerah yang masih terjejas iaitu Batu Pahat dan Segamat.

Jelasnya, jumlah itu adalah pengurangan drastik daripada seramai 784 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 pagi semalam.

“Sehingga pukul 4 petang semalam, hanya 93 mangsa masih ditempatkan PPS SK Seri Bunut di Batu Pahat yang me­nempatkan seramai 17 mangsa dan Sekolah Agama Gemereh di Segamat menempatkan seramai 76 mangsa,” katanya.

Di PAHANG, banjir juga ber­ansur pulih apabila jumlah mangsa terkini menunjukkan penurunan kepada 6,100 orang setakat pukul 5 petang semalam.

Perkembangan itu turut melibatkan penutupan PPS mangsa banjir di Jerantut pada pagi semalam selepas keadaan sungai kembali surut ke paras selamat.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, enam daerah yang masih terlibat banjir merekodkan penurunan kepada 1,685 keluarga di 81 PPS lewat petang semalam.

Empat lagi daerah merekodkan penurunan di bawah angka 1,000 mangsa berikutan paras sungai-sungai utama yang semakin surut didorong keadaan cuaca baik sejak kelmarin.

Namun situasi berbeza di Sarawak yang menyaksikan jumlah mangsa banjir meningkat tiga kali ganda berbanding kelmarin.

Banjir yang memasuki hari ketiga di enam daerah di Sarawak menyaksikan jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan me­ningkat kepada 4,222 orang yang ditempatkan di 49 PPS. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya