Banjir Pahang semakin pulih - Utusan Malaysia

Banjir Pahang semakin pulih

JALAN menghala Tanjung Medang yang masih dinaiki air di Pekan, Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Banjir di Pahang beransur pulih apabila jumlah mangsa terkini menunjukkan penurunan kepada baki 6,100 orang setakat pukul 5 petang tadi.

Perkembangan itu turut melibatkan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Jerantut pagi tadi selepas keadaan sungai kembali surut ke paras selamat.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, enam daerah yang masih terlibat banjir merekodkan penurunan kepada 1,685 keluarga di 81 PPS lewat petang tadi.

Melalui jumlah tersebut, Pekan mencatat bilangan terbanyak 2,994 mangsa membabitkan 846 keluarga, diikuti Maran 1,587 orang melibatkan 451 keluarga.

Empat lagi daerah merekodkan penurunan di bawah angka 1,000 mangsa berikutan paras sungai-sungai utama yang semakin surut didorong keadaan cuaca baik sejak kelmarin.

Ia termasuk daerah Temerloh yang mencatat penurunan drastik kepada baki 392 mangsa berbanding 1,240 orang pada lewat petang semalam.

Keadaan banjir yang semakin pulih di Temerloh sekali gus mempengaruhi keadaan banjir di daerah bersebelahannya, Bera yang berbaki 257 mangsa.

Sementara itu, Kuantan pula merekodkan baki 877 mangsa yang ditempatkan di sembilan PPS membabitkan 202 keluarga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya