Banjir Pahang hampiri angka 20,000 mangsa - Utusan Malaysia

Banjir Pahang hampiri angka 20,000 mangsa

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus membantu memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat di Temerloh. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang bertambah kepada lebih 19,900 orang pada pukul 10.30 pagi tadi berbanding 18,000 orang semalam.

Peningkatan tersebut menyaksikan lebih 5,280 keluarga dari sembilan daerah kini ditempatkan di 250 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah Maran masih mencatat angka tertinggi dengan 4,510 mangsa membabitkan 1,240 keluarga.

Temerloh pula merekodkan kedua tertinggi dengan 3,647 mangsa daripada 969 keluarga sejurus air Sungai Pahang di daerah itu melimpah malam semalam.

Selain itu, Kuantan mencatat 2,659 mangsa, diikuti Lipis (2,551orang), Raub (2,391 orang), Jerantut (2,279 orang) dan Rompin (1,012 orang).

Dalam pada itu, Pekan dan Bera pula masing-masing merekodkan 430 dan 423 orang mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya