Banjir, lencongan di Jalan Chukai Utama - Utusan Malaysia

Banjir, lencongan di Jalan Chukai Utama

LALUAN utama di bandar Chukai di Kemaman yang dinaiki air sejak petang tadi. -UTUSAN PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Laluan utama ke bandar Chukai di kedua-dua arah kini dilencongkan berikutan banjir kira-kira 500 meter di Jalan Chukai Utama di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pengguna jalan raya dari Kuantan ke Dungun perlu melalui Jalan Jakar dan keluar melalui persimpangan lampu isyarat Hospital Kemaman.

Katanya, bagi mereka yang dari arah Dungun pula laluan dilencongkan melalui Jalan Sulaimani dan keluar melalui Jambatan Geliga untuk ke arah Kuantan.

“Ketika ini air mula memasuki kawasan bandar dan Jalan Chukai Utama hanya boleh dilalui kenderaan berat.

“Kenderaan ringan perlu melalui jalan yang telah dilencongkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar jika tidak ada apa-apa keperluan bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas.

Sementara itu, tinjauan di sekitar bandar Chukai petang ini mendapati beberapa premis perniagaan termasuk kedai makan dan pasaraya turut dinaiki air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya