Banjir di Johor makin pulih - Utusan Malaysia

Banjir di Johor makin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin bertambah baik apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada seramai 3,566 orang setakat pukul 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, keluarga yang terlibat adalah sebanyak 903 buah keluarga.

Katanya, mereka semua ditempatkan di sejumlah 32 PPS yang masih dibuka di seluruh negeri ketika ini.

“Kesemua mangsa yang terjejas adalah dari daerah Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Batu Pahat, Pontian dan Segamat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jumlah 3,566 itu menunjukkan pengurangan daripada jumlah mangsa yang direkodkan pada pukul 4 petang semalam iaitu seramai 4,116 orang daripada 1,036 buah keluarga.

Vidyananthan mengingatkan masyarakat supaya  sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ekoran negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 ketika ini.

“Sementara itu, keperluan asas khususnya makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di 32 PPS seluruh negeri disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya