Banjir 6 negeri : 5,278 keluarga terjejas - Utusan Malaysia

Banjir 6 negeri : 5,278 keluarga terjejas

INFOGRAFIK BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 21,354 orang merangkumi 5,278 keluarga terjejas dalam kejadian banjir di enam negeri setakat pukul 8 pagi ini.

Negeri-negeri yang terlibat dengan bencana itu adalah Selangor, Perak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Sehubungan itu, sebanyak 256 pusat pemindahan banjir (PPB) diaktifkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di 26 daerah yang terlibat.

Berdasarkan statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebanyak 170 PPB dibuka di Pahang diikuti Johor (57), Perak dan Terengganu masing-masing (11), Selangor (empat) dan Kelantan  tiga buah.

Menurut statistik itu, sebanyak 14 pergerakan logistik bantuan dari agensi berkenaan digerakan di kawasan terlibat membabitkan aset seperti tujuh unit bot aluminium, diikuti lori (lima unit) bot amphibious dan kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux masing-masing (satu).

Dalam pada itu, setakat pukul 8 pagi tadi, pada keseluruhannya trend orang awam yang di pindahkan ke PPB adalah menurun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya