Banjir: 13 jalan di Kota Tinggi ditutup - Utusan Malaysia

Banjir: 13 jalan di Kota Tinggi ditutup

JALAN utama di tengah bandar Kota Tinggi, Johor kerana dinaiki air. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kenaikan paras air antara 0.5 hingga 1.2 meter menyebabkan 13 jalan utama di  daerah ini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

JKR Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, semua 13 laluan itu ditutup mulai pukul 9 pagi tadi.

Kenyataan itu memberitahu, laluan yang terjejas termasuk Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran kubu berikutan dinaiki air setinggi satu meter, Jalan Kota Tinggi-Mersing Batu 16 (0.8m) dan Jalan Kota Tinggi-Mersing di RISDA (0.85m).

“Selain itu Jalan Kota Tinggi-Kluang di Arked Mara (0.7m), Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas di Jambatan Sungai Semalok (1m), Jalan Tai Hong (0.7m) dan Jalan Tai Hong berhampiran kampung (1.1m).

“Turut ditutup adalah Jalan Tun Sri Lanang (0.9m), Jalan Semanggar di Jambatan Bandar Kota Tinggi (1.2m), Jalan Mawai Lama (0.6m), Jalan Kampung Kelantan/Kampung Panti (0.6m) dan dua laluan di Jalan Sungai Telor (1.7m dan 1.2m),” kata kenyataan itu.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, seramai 2029 mangsa daripada 514 keluarga terjejas bencana banjir yang memasuki hari keempat di daerah ini.

Kesemua mangsa banjir yang terjejas dipindahkan ke 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat ini. 

Dianggarkan sebanyak 48 buah kampung di daerah ini terjejas bencana banjir. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya