SHAH ALAM: Isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hangat diperkatakan sejak sekolah dibuka minggu lalu dengan masalah ketiadaan peranti dan tiada liputan internet menjadi perkara utama yang diutarakan. Situasi itu memaksa ibu bapa berhabis ratusan malah ribuan ringgit semata-mata memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan mengikut sesi PdPR. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka terpaksa menggunakan apa yang ada termasuk berkongsi dengan adik-beradik lain sambil berharap ada pihak yang prihatin menghulurkan bantuan kepada mereka. Namun, di sebalik kisah itu, banyak masyarakat terlepas pandang terhadap mereka daripada kategori sekolah pendidikan khas yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya